BTS Media

Kanak-kanak 10 tahun dirakam pandu kereta ke sekolah

 

Oleh Zainal AS Rashid

Baru-baru ini sebuah video yang ditularkan dalam media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak memandu sebuah kereta Perodua Kancil merah bersama dua kanak-kanak lain di kerusi penumpang.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Polis Daerah Pontian, video sepanjang 10 saat itu dirakam di Pontian, Johor.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata Bahagian Siasatan dan Kawalan Trafik jabatan mula mengesan video itu di media sosial pada 10 Mei lalu.

Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 7 pagi Selasa (10 Mei) di Pekan Nanas ketika kanak-kanak itu bersiap untuk ke sekolah.

Mohammad Shofee berkata kereta itu dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang membawa kakaknya berusia enam tahun dan adik lelaki berusia tiga tahun di tempat duduk penumpang.

Beliau berkata susulan kejadian itu, ibu bapa dan tiga lagi telah hadir ke Ibu Pejabat Polis daerah pada pukul 10 pagi 12 Mei.

Ibu kepada tiga anak itu mengaku bahawa akaun TikTok yang memaparkan video asal itu miliknya.

-BTS Media

Leave a Comment