BTS Media

Langgar akidah: Jangan sertai pesta ‘Bon Odori’

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Kajian oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati bahawa pesta budaya Jepun ‘Bon Odori’ mempunyai unsur keagamaan.

Oleh itu, umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak menyertai ‘Festival Bon Odori’ yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic) pada 16 Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menasihatkan semua orang Islam supaya tidak sertai program ini.

Beliau berkata,”Ada banyak lagi program lain yang boleh disertai.”

“Kita kena sayang agama kita. Bukan sahaja program seperti ini, malah program apa-apa sahaja yang membabitkan soal agama dan akidah,” katanya.

Beliau memberitahu media demikian di Sungai Panjang , Selangor pada Isnin apabila diminta mengulas tentang penganjuran pesta tahunan Jepun itu yang dikatakan sebuah perayaan Buddha Jepun bertujuan menghormati semangat nenek moyang mereka.

Promosi penganjuran pesta tersebut yang memaparkan imej ‘anime’ wanita berhijab berpakaian kimono di media sosial mendapat reaksi negatif dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, kenyataan Idris mendapat reaksi daripada Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Muhammad Shakir Ameer yang menyifatkannya sebagai tidak mempunyai kefahaman dan kejahilan tentang kepelbagaian budaya di negara ini, lapor The Star.

Beliau berkata, seperti kebanyakan perayaan budaya, akan ada elemen komersial bagi menyesuaikan dengan khalayak umum.

Dalam kenyataannya, Muhammad mempersoalkan mengapa setelah wujud lebih 30 tahun diadakan di Malaysia, baru kali ini menjadi isu.

-BTS Media

Leave a Comment