BTS Media

‘Homestay’ berlesen dibenarkan, kata kerajaan Pulau Pinang

GAMBAR ATAS: Cmglee, CC BY-SA 3.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0>, via Wikimedia Commons

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Ada perbezaan antara penginapan jangka pendek dan ‘homestay’ (inap desa).

‘Homestay’ boleh beroperasi kerana memiliki lesen dan dibenarkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo, masalah rumah kediaman yang menawarkan penginapan jangka pendek sudah lama wujud.

Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang telah memperkenalkan garis panduan sejak sebelum pandemik Covid-19 lagi, dan sekarang ia dirasakan perlu kerana keadaan semakin reda.

Oleh itu, memandangkan kehidupan normal telah kembali, masyarakat dan kejiranan akan berasa terganggu apabila operasi penginapan jangka pendek aktif semula, kata beliau di George Town pada Isnin.

Pihak beliau menjangka dengan pembukaan semula semua sektor, operasi premis penginapan jangka pendek akan disambung, dan aduan akan dibuat oleh penghuni.

Jagdeep Singh berkata ‘homestay (inap desa) dibenarkan beroperasi kerana mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh kementerian.

Bulan lalu, beliau mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk tidak membenarkan “check-in” untuk rumah sewa jangka pendek atau ‘homestay’ tidak berlesen, oleh kerana banyak aduan diterima daripada penghuni pangsapuri, kondominium dan kawasan kediaman.

-BTS Media

Leave a Comment