BTS Media

JPJ keluarkan 16,377 saman sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2022

 

Oleh Fetty Rara

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sejumlah16,377 saman bersabit pelbagai kesalahan di seluruh negara sepanjang operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2022 dari 29 April hingga 8 Mei lalu.

Sepanjang tempoh itu sebanyak 89,490 kenderaan telah diperiksa.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 776 saman Notis P22 (perintah pemeriksaan membabitkan lima kesalahan utama iaitu gagal mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, mengambil alih di garisan berkembar)

Beliau berkata bagi kelima-lima kesalahan ini, pemandu yang ingkar akan menghadapi tindakan mahkamah kerana kesalahan itu tidak boleh dikompaun,” katanya semasa sidang media semasa operasi di Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan, Kelantan pada Ahad (8 Mei).

Bagi pemanduan laju sebanyak 58,182 kesalahan dikesan menerusi 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) di pelbagai lokasi seluruh negara dalam tempoh sama.

-BTS Media

Leave a Comment