GAMBAR ATAS: The Star.
RAYUAN membatalkan saman RM100 juta M Indira Gandhi terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini gagal.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mendapati tiada merit dalam rayuan kerajaan, justeru mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk meneruskan perbicaraan.
Hakim Hanipah Farikullah, yang mempengerusikan panel, menolak rayuan itu dan memerintahkan kerajaan membayar kos RM10,000.
Beliau berkata terdapat “isu undang-undang yang rumit” yang perlu diberikan pendengaran penuh, dan memerintahkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mendengar kes itu pada 14 September.
Indira Gandhi memfailkan saman pada Oktober 2020 berikutan kelewatan pihak berkuasa mendapatkan semula anaknya, Prasana Diksa, daripada bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, yang secara sepihak mengislamkan anak pasangan itu.
-BTS Media