BTS Media

Shafiq mahu saman kerajaan susulan penamatan perkhidmatan sebagai KPPA

SELEPAS ditamatkan perkhidmatan sebagai ketua pengarah perkhidmatan awam (KPPA) yang berkuat kuasa semalam, Mohd Shafiq Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tindakan terhadapnya itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Shafiq berkata dia berasa terkilan dengan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai “penganiayaan”.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiaya saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Sesungguh pun demikian, saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati semua pegawai awam menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, memegang prinsip berintegriti, tidak rasuah dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.

“Demi menjaga nama baik dan kepentingan anggota perkhidmatan awam, keputusan kerajaan ini akan diteliti secara mendalam, sekiranya sesuai dan perlu semakan perundangan akan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA berkuat kuasa 12 Dis.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, penamatan itu dibuat selepas melalui semua prosedur Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan diteliti peguam negara.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/647929

Leave a Comment