GAMBAR ATAS: BTS Media.
Oleh Zainal AS Rashid
Keadaan di Lembah Klang hari ini pulih seperti sedia kala – sesak, setelah warga kota mula pulang daripada menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung.
Menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik dari utara dan timur masih sesak sehingga tengah hari.
Bilangan kenderaan juga dilaporkan bertambah di Bukit Tambun menghala ke Bandar Cassia, Seberang Perai, Alor Pongsu ke Bukit Merah, Changkat Jering ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke RnR Sungai Perak hingga ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Bidor ke Slim River.
Aliran trafik dari arah timur juga menyaksikan kesesakan di Bentong menghala ke plaza tol Bentong dan selepas plaza tol itu ke Bukit Tinggi.
Bagaimana pun, trafik dari selatan ke Lembah Klang masih terkawal dengan kesesakan hanya dilaporkan berlaku di Sedenak menghala ke Simpang Renggam.
LLM menjangkakan keadaan akan berlarutan hingga lewat malam.
-BTS Media