BTS Media

Wartawan veteran Mustafa AR kembali ke rahmatullah

Wartawan veteran Mustafa AR (Mustafa Abdul Rahim) yang merupakan antara nama popular dalam dunia kewartawanan hiburanĀ  pada tahun-tahun 70an hingga 90an meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban semalam.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anak beliau, Muszaidi Mustafar, 50 pada akaun Facebooknya.

Mustafa yang merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia meninggal dunia berikutan komplikasi kesihatan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pagi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Zaini Yusop, 76, tiga anak lelaki, seorang perempuan, 15 cucu dan dua cucu tiri.

-BTS Media

Leave a Comment