POLIS Makkah telah menahan seorang lelaki tempatan yang didakwa terlibat membantu seorang wartawan Israel bukan Islam warga Amerika memasuki tanah suci Makkah.
Menurut laporan media, wartawan itu dikenali sebagai Gil Tamary dari saluran penyiaran bebas Israel, Channel 13.
Agensi Akhbar Saudi (SPA) memetik jurucakap polis Makkah berkata; “Mereka menggunakan laluan yang dikhaskan untuk orang Islam, yang jelas melanggar undang-undang melarang kemasukan orang bukan Islam ke tanah suci Makkah.”
Israeli journalist Gil Tamari, working for Israel’s Channel 13 News, found a way into Mecca to shoot a documentary. The city is normally forbidden for non-Muslims to enter. The move sparked criticism on social media, and led to the channel issuing an apology in Arabic. pic.twitter.com/KNSiZBZ7IM
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) July 19, 2022
Polis Makkah menegaskan bahawa undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi perlu dihormati dan dipatuhi oleh setiap pengunjung ke tanah suci, khususnya di Masjidil Haram di Makkah dan Madinah.
Beliau berkata sebarang perlanggaran seperti ini dianggap sebagai jenayah dan hukuman akan dikenakan terhadap pesalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan.
Walaupun Channel 13 telah memohon maaf di atas tindakan wartawan itu, namun kes tersebut telah dirujuk ke pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
-BTS Media