BTS Media

Lanjutan dua tahun bagi 2,600 guru kontrak, kata Radzi

GAMBAR ATAS: Facebook Radzi Jidin.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Dilema dihadapi oleh 2,600 guru kontrak perkhidmatan (COS) yang dilantik pada pengambilan Jun 2020 akan berakhir apabila kontrak mereka disambung selama dua tahun.

Bagaimana pun, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata butiran mengenai perkara ini akan diumumkan kemudian selepas Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) habis berbincang tentang perkara itu.

Beliau juga memberitahu media di kediamannya di Ketereh, Terengganu hari ini (Khamis 5 Mei) bahawa dakwaan kumpulan guru tersebut tidak akan dapat gaji Mei adalah tidak benar.

Semalam, Radzi melalui Facebook dan Twitter, Radzi telah mengarahkan supaya perkara itu diberi perhatian dan diselesaikan segera.

-BTS Media

Leave a Comment