Oleh Fetty Rara
Isu guru kontrak yang dilantik pada Jun 2020 yang bakal tamat tempohnya bulan depan akan diselesaikan segera.
Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata dalam Facebook dan Twitter pada Rabu (4 Mei) bahawa beliau mengambil maklum kebimbangan guru mengenai kontrak mereka yang dibangkitkan dalam media sosialnya baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan supaya isu itu diberi perhatian dan diselesaikan segera.
Menurut Radzi pihak Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan prosedur, dan pengumuman akan dibuat sebaik proses itu selesai.
Tambahnya, kementerian prihatin terhadap isu pendidikan yang dibangkitkan oleh orang ramai.
-BTS Media