Oleh Zainal AS Rashid
Isu berhubung elaun rendah guru warden asrama sedang diteliti oleh Kementerian Pendidikan (KPM) kata menterinya Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau yang juga naib presiden BERSATU berkata kementerian sedar bahawa perkara ini menjadi isu sejak sekian lama dan perlu ditangani.
Beliau memberitahu media di Putrajaya pada Ahad (29 Mei) bahawa beliau mengambil maklum penugasan sebagai warden akan menyebabkan mereka rugi dari segi elaun.
“Kita tahu warden tertanya-tanya apakah pendekatan oleh kementerian, dan seperti mana saya sebut sebelum ini bahawa kita melihat perkara ini secara menyeluruh, kita ingin selesaikan perkara ini buat selama-lamanya, namun begitu ada kekangan-kekangan tertentu yang sedang kita selesaikan.
Isu dibangkitkan berikutan gesaan supaya KPM mengkaji elaun guru warden asrama yang dikatakan serendah RM240 sebulan, dan dianggap tidak setimpal memandangkan tugas mereka diperlukan 24 jam.
Radzi menyifatkan isu tersebut sebagai perkara teknikal yang perlu bincang dengan agensi pusat, dan diselesaikan.
-BTS Media