GAMBAR ATAS: Wikimedia Commons, https://www.microbizmag.co.uk
Oleh Yusoff A. Shariff
Dasar gaji negara tidak membenarkan pemotongan gaji atau elaun untuk pekerja bekerja dari rumah (WFH), kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata pemotongan gaji seperti itu tidak dibenarkan dan tidak sepatutnya berlaku.
Tiada halangan bagi majikan meminta pekerja masuk ke pejabat, dan tiada pihak boleh bekerja dari rumah tanpa kebenaran majikan.
Menurut Saravanan jika pihak majikan membenarkannya gaji tidak boleh dipotong.
Juga, jika majikan tidak bersetuju pekerja bekerja dari rumah, mereka boleh meminta pekerja datang ke pejabat,” katanya pada Khamis (28 April) di Tapah.
Beliau mengulas tentang cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang dilaporkan oleh sebuah portal berita supaya pekerja yang bekerja dari rumah dikurangkan gaji, termasuk memotong elaun perjalanan.
Pengarah eksekutif MEF Shamsuddin Bardan mendakwa beberapa pekerja bersetuju dengan langkah tersebut kerana bekerja dari rumah akan menjimatkan kos perjalanan, kata laporan itu.
–BTS Media