BTS Media

Majikan sektor swasta digesa beri pelepasan atau cuti bagi pekerja mengundi

GAMBAR ATAS: BTS Media.

 

Oleh Zainal AS Rashid

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) menggesa semua majikan sektor swasta membenarkan pekerja mereka untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ia selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 [Akta 5].

Dalam satu kenyataan, pada Khamis, Menteri Sumber Manusia (KSM) sementara, M. Saravanan meminta majikan berbincang dengan pekerja sama ada memberikan pelepasan waktu, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi yang perlu mengundi jauh.

Sebelum ini, presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya kerajaan mengisytiharkan cuti khas pada 18 November, iaitu sehari sebelum PRU15.

Presidennya Adnan Mat berkata, ini kerana ramai yang mengundi di tempat lain, dan ada pula yang perlu melakukan perjalanan hingga lebih empat jam untuk bergerak ke pusat mengundi.

KSM tidak boleh mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi.

Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

-BTS Media

Leave a Comment