BTS Media

Nagaentran telah menjalani hukuman mati, kata keluarga

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Warga Malaysia Malaysia, Nagaenthran Dharmalingam, 34, yang didapati bersalah mengedar dadah telah menjalani hukuman mati, kata keluarganya.

Adiknya Navin Kumar, 22, berkata mengesahkan melalui telefon bahawa hukuman mati itu telah dijalankan dan pengebumian akan diadakan di Ipoh, lapor Reuters.

Hukuman mati ke atasnya yang dijatuhkan pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin ke Singapura, telah dilaksanakan selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan terakhir yang difailkan oleh ibunya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya itu.

Kesnya telah menarik perhatian antarabangsa.

Pada 3 Dis, Presiden Singapura Halimah Yacob berkata Nagaentran telah diberikan menjalani proses sewajarnya di bawah undang-undang.

Peguam Nagaenthran mendakwa bahawa dia kurang upaya dari segi intelek. Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 Nov 2021, tetapi mendapat penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah diberitahu dia disahkan positif Covid-19 apabila hadir untuk percubaan terakhir mengetepikan hukuman mati.

-BTS Media

Leave a Comment