BTS Media

Kes Mat lajak: Mahkamah benarkan Sam ikat jamin

GAMBAR ATAS: The Star

 

Oleh Fetty Rara

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan ikat jamin Sam Ke Ting yang disabitkan kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Johor Baru.

Panel tiga orang yang dipengerusikan oleh Hakim P. Ravinthran membenarkan permohonan Sam untuk membuat rayuan dan penangguhan pelaksanaan hukuman.

Hakim lain yang menganggotai panel ialah Hakim Lee Heng Cheong dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pada 13 April, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 terhadap Sam kerana memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Baru, pada 3.20 pagi pada 18 Feb 2017 .

-BTS Media

Leave a Comment