Oleh Fetty Rara
Berkuat kuasa 4 Julai depan, pengilang dan pengimport topeng muka jenis bukan perubatan perlu memohon pensijilan dan pelabelan MS SIRIM daripada Sirim QAS International Sdn Bhd.
Menurut kenyataan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Selasa (5 April) berkata peraturan itu diperlukan berikutan pewartaan Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan) Perintah Topeng Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Langkah itu bagi memastikan topeng muka bukan perubatan, sama ada keluaran tempatan mahu pun import, mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan dengan label MS SIRIM dipaparkan pada pakej dan mudah dilihat oleh pengguna.
Menurut Kementerian, label MS SIRIM menandakan bahawa topeng muka berkenaan telah mematuhi piawaian, berkualiti dan selamat digunakan.
Kementerian berharap dengan peraturan pematuhan piawaian oleh pengeluar dan pengimport, isu lambakan topeng muka bukan perubatan yang berkualiti rendah di pasaran Malaysia boleh diatasi.
-BTS Media