BTS Media

Perlu awasi penyeludup minyak

GAMBAR ATAS: BTS Media.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

SYARIKAT yang membungkus semula minyak masak bersubsidi dalam polibeg 1kg menggunakan jenama sendiri dan boleh dikenal pasti jika diseludup keluar negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid.

Beliau berkata pihak berkuasa telah mengesan beberapa jenama minyak masak di sempadan negara dan bertindak segera menggantung operasi kilang sehingga diberitahu kelak.

Menurut Rosol, jenama dua pembungkus semula, satu beralamat di Perak dan satu lagi di Selangor, telah dikenal pasti.

Beliau memberitahu media di Bandar Pinggiran Subang, Selangor pada Selasa (5 Jul) bahawa apa yang berlaku menunjukkan bahawa kegiatan itu boleh dilakukan oleh syarikat di mana-mana negeri, dan bukan sekadar syarikat yang terletak berhampiran sempadan.

Tambah beliau, dalam beberapa keadaan, bekalan minyak masak bersubsidi daripada pemborong tidak sampai kepada peruncit.

Beliau juga berkata kerajaan sedang mempertingkatkan pengawasan dan penguatkuasaan kerana harga minyak masak menjadi isu yang membimbangkan sejak kebelakangan ini.

-BTS Media

Leave a Comment