GAMBAR ATAS: Sebuah helikopter pejuang Rusia ditembak jatuh oleh tentera Ukraine.
Oleh Fetty Rara
Semakin ramai tentera Rusia hilang semangat untuk berjuang di Ukraine hinggakan enggan akur kepada arahan komander masing-masing.
Ada juga dalam kalangan mereka yang sengaja mensabotaj senjata dan peralatan pihak Rusia, termasuk menembak jatuh pesawat pejuang sendiri secara tidak sengaja.
Ini didedahkan oleh Jeremy Fleming, yang merupakan seorang pakar perisikan tentera United Kingdom di Canberra, Australia hari ini (31 Mac).
Beliau yang merupakan ketua agensi pengintip elektronik GCHQ UK berkata perkembangan ini telah menyerlahkan kesilapan Presiden Rusia, Vladimir Putin apabila memandang remeh keupayaan pertahanan Ukraine.
Selain itu, Putin juga dikatakan angkuh dan begitu mudah peleceh tindakan sekatan ekonomi oleh sekutu Eropah ke atas Rusia hingga negara dan rakyat sendiri semakin menderita.
Menurut Fleming persepsi positif Putin terbentuk akibat kumpulan penasihat beliau yang terlalu takut memberitahu keadaan sebenar di perbatasan.
Apabila Putin akhirnya perasan apa yang berlaku beliau sebaliknya telah meningkatkan serangan di perbatasan maya melalui media sosial, selain memindahkan tentera upahan swasta Rusia dari beberapa lokasi di dunia ke Ukraine.
Fleming memuji strategi siber Ukraine dalam media sosial yang agresif menangkis berita dan video palsu tentang ‘kejayaan’ tentera Rusia.
Bagi beliau, ketangkasan barisan ‘tentera siber’ Ukraine telah membuktikan betapa pentingnya peranan sedemikian dalam apa jua perjuangan pada era ini, termasuk dalam berperang.
-BTS Media