BTS Media

Kontraktor tentera Rusia dituduh langgar hak asasi manusia dihantar ke Ukraine

GAMBAR ATAS: tentera Rusia menaiki kereta kebal di Donetsk, Ukraine. Kementerian Pertahanan Britain berkata Rusia merancang untuk mengupah kontraktor tentera upahan untuk berperang di Ukraine selepas tentera biasa Rusia mengalami kerugian besar/ANADOLU

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Wagner Group dijangka membawa sehingga 1,000 askar upahan untuk membantu dalam operasi pertempuran di Ukraine setelah tentera Rusia tewas di beberapa perbatasan.

Syarikat kontraktor kepada tentera Rusia yang pernah dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia itu telah dikerahkan ke Timur Ukraine.

Menurut maklumat perisikan pertahanan Kementerian Pertahanan British syarikat tersebut dijangka menghantar sehingga 1,000 askar upahan untuk mengambil bahagian dalam operasi pertempuran di Ukraine setelah tentera biasa Rusia mengalami kekalahan besar., lapor Huffpost.

Atase pertahanan London di Washington, Naib Marshal Udara Mick Smeath berkata dalam satu kenyataan bahawa Rusia mungkin terpaksa menggunakan askar upahan Wagner di Ukraine dan mengetepikan operasi di Afrika dan Syria.

Kenyataan dikeluarkan selepas pegawai Pentagon berkata baru-baru ini bahawa mereka menjangkakan Rusia akan mencari jalan untuk menggantikan misi mereka dengan tentera Rusia ke negara lain.

Jumaat lalu, Pentagon berkata nampaknya Moscow sedang mengundurkan tentera Rusia yang berpangkalan di Georgia, tetapi butiran tentang bilangan mereka atau jadual penghantaran belum dapat dipastikan.

Buat masa ini beribu askar upahan daripada Wagner Group ditempatkan di Syria sejak 2015.

Amerika Syarikat dan EU menganggap kumpulan itu sebagai pengganti tentera Rusia, tetapi Kremlin menafikan kewujudannya.

Pada Disember lalu, EU mengenakan sekatan ke atas kontraktor itu dan pengasasnya, Dmitry Utkin, kerana disyaki mencetuskan keganasan dan melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Timur Tengah, Afrika dan Ukraine.

-BTS Media

Leave a Comment