BTS Media

Muhyiddin antara tokoh hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini petang ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Kehadiran Muhyiddin adalah antara beberapa tokoh politik dan kenamaan yang hadir ke masjid berkenaan menjelang solat jenazah Allahyarham, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, turut hadir bersama tunangnya, Bella Astillah, bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid As-Syarif kira-kira pukul 2.55 petang selepas dibawa dari kediamannya di The Mines.

Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi tadi. Pemergiannya disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Kerajaan sebelum ini memutuskan Allahyarham diberikan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara, dengan solat jenazah diadakan selepas solat Asar sebelum jenazah dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya untuk dikebumikan.

-BTSMedia.my

Leave a Comment