BTS Media

Pelajar tingkatan dua maut, didakwa dibuli di asrama sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan Dua berusia 14 tahun meninggal dunia malam tadi selepas dipercayai menjadi mangsa buli di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah.

Pelajar berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa tidak berhasil apabila dia disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, untuk menjalani bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan maklumat lanjut akan diberikan dalam masa terdekat.

-BTSMedia.my

Leave a Comment