BTS Media

Tun Mahathir Di Dataran Putrajaya Bersama Rakyat Marhaen, Sambut Hari Kebangsaan Pada Usia 101 Tahun

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri perhatian ketika muncul pada sambutan Hari Kebangsaan tahun 2026 di Dataran Putrajaya hari ini.

Kemunculan tokoh berusia 101 tahun itu dirakam menerusi siaran langsung di akaun TikTok @chedetofficial, yang memaparkan beliau berada di lokasi menggunakan kerusi roda sambil melambai kepada orang ramai.

Dr Mahathir turut dilihat menyapa penonton, manakala beberapa anggota keselamatan dan pengunjung mengambil kesempatan untuk berswafoto bersamanya.

Beliau kemudian berkongsi ucapan ringkas sempena Hari Kebangsaan menerusi Facebook, disertai video yang memaparkan perjalanan beliau sebagai Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003 dan sekali lagi dari tahun 2018 hingga 2020.

Dalam hantaran itu, Dr Mahathir mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan ke-69 kepada Malaysia.

-BTSMedia.my

Leave a Comment