AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menegaskan semua prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi ketika menjalankan pemeriksaan terhadap juruterbang Malaysia Airlines yang kemudiannya ditahan di Indonesia kerana dlcuba menyeludup dadah ke negara itu.
Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata juruterbang berkenaan telah menjalani pemeriksaan keselamatan wajib sebelum menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jakarta pada 28 Julai lalu.
Beliau memaklumkan bahawa bagasi juruterbang itu diperiksa menggunakan sistem pengimbasan berasaskan kecerdasan buatan (AI), namun tiada sebarang imej mencurigakan dikesan atau amaran risiko dikeluarkan yang memerlukan pemeriksaan lanjut.
– BTSMedia.my



