BTS Media

Mohd Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan KP AKPS bakal diisi pegawai polis

MOHD Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan KP AKPS bakal diisi pegawai polis

Pesuruhjaya Polis Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dikembalikan ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dipinjamkan berkhidmat di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan berkenaan dibuat pada minggu lalu.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Mohd Shuhaily merupakan pegawai polis yang kini berkhidmat di AKPS secara peminjaman.

Mengulas mengenai pengisian jawatan Ketua Pengarah AKPS susulan kepulangan Mohd Shuhaily ke PDRM, Saifuddin memberi bayangan bahawa jawatan itu akan diisi oleh seorang pegawai polis.

– BTSMedia.my

Leave a Comment