BTS Media

Serangan balai polis Ulu Tiram: Dua polis dan penyerang maut

JOHOR BARU: Sekurang-kurangnya tiga orang termasuk dua konstabel polis terbunuh dalam serangan di sebuah balai polis awal hari Jumaat (17 Mei).

Difahamkan seorang penyerang yang bersenjata datang ke balai polis Ulu Tiram pada kira-kira pukul 2 pagi, lapor The Star.

Sumber berkata, suspek menetak konstabel pertama yang mengawal kaunter balai polis.

Difahamkan, anggota polis tersebut meninggal dunia di tempat kejadian manakala suspek kemudian mengambil senjatanya dan menembak mati seorang lagi anggota polis yang datang untuk memeriksa kekecohan itu.

Sumber berkata, seorang lagi anggota polis kemudian meluru dan menembak mati penyerang yang berusia dalam lingkungan 30-an itu.

PADA masa berita dilaporkan, kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Polis juga sedang menyiasat motif di sebalik serangan, termasuk memeriksa sama ada penyerang itu tidak siuman.

Polis dijangka membuat kenyataan akhbar rasmi berhubung kejadian itu.

– MENYUSUL

Leave a Comment