Oleh Fetty Rara
Pelonggaran SOP Covid-19 selanjutnya akan diumumkan esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
KKM telah membincangkan perkara tersebut secara menyeluruh dan akan mengemukakan kepada Kabinet pada Rabu (27 April).
Belia memberitahu media di Bangi semalam bahawa kementerian amat berhati-hati dalam perkara ini bagi memastikan keselamatan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Menurut beliau pihaknya tidak mahu tersilap langkah kerana pandemik telah diuruskan dengan baik, kadar jangkitan semakin menurun, dan tekanan ke atas hospital telah berkurangan.
Sebelum ini kerajaan telah melonggarkan beberapa SOP Covid-19 secara beransur-ansur berikutan peralihan ke Fasa Endemik bermula 1 April lepas.
-BTS Media