BTS Media

Gelaran kebesaran Rais Yatim ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

GELARAN kebesaran Rais Yatim ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkenan menarik balik semua darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana, keputusan itu berkuat kuasa serta-merta selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada baginda di bawah undang-undang berkaitan penganugerahan darjah kebesaran negeri.

Susulan keputusan tersebut, Rais tidak lagi berhak menggunakan sebarang gelaran yang diperoleh menerusi darjah kebesaran Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak memperincikan sebab-sebab penarikan balik darjah kebesaran tersebut.

-BTSMedia.my

Leave a Comment