BTS Media

Kerang, kepah PD, Melaka kini boleh dijual, sekatan ditarik balik

Oleh Yusoff A. Shariff

JABATAN Perikanan Malaysia menarik balik larangan penuaian, penjualan kerang dan kepah di perairan Port Dickson dan Melaka, setelah mendapati tahap biotoksin yang selamat.

Menurut jabatan itu, analisis makmal menunjukkan kadar pencemaran tersebut berada di bawah 400 bahagian per bilion (ppb) bagi sampel ke-15.

Pada 4 April lalu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan PerikananWan Aznan Abdullah dilaporkan berkata, analisis makmal di Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson tercemar dan tidak selamat untuk dimakan.

-BTS Media

Leave a Comment