BTS Media

Jala Dedah Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3C

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, mendedahkan beliau disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3C selepas menjalani pemeriksaan susulan akibat batuk yang berpanjangan.

Menurut laporan The Star, Idris berkata simptom yang dialaminya sejak tahun lalu, termasuk batuk yang datang dan pergi serta keletihan, pada mulanya dianggap tidak serius. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemui ketumbuhan besar pada paru-paru kirinya sebelum biopsi mengesahkan ia adalah kanser.

Beliau dilaporkan akan menjalani beberapa ujian lanjut bagi menentukan tahap penyebaran penyakit serta rawatan yang paling sesuai. Antara pilihan rawatan yang sedang dipertimbangkan ialah kemoterapi, radioterapi, terapi sasaran dan imunoterapi.

-BTSMedia.my

Leave a Comment