BEKAS ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid, 66, meninggal dunia hari ini akibat kanser.
Hasanah meninggal dunia di rumahnya di Desa Pinggiran Putra sebelum solat Jumaat.
Solat jenazah diadakan di Surau Al Ikhwan di Desa Pinggiran Putra pukul 2.45 petang, diikuti pengebumian di Pusara Taman Raudhatul Jannah pada pukul 4.00 petang lapor NST.
Hasanah sebelum ini dibebas dan dilepaskan atas tuduhan pecah amanah jenayah membabitkan AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia empat tahun lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, antara 30 April dan 9 Mei 2018.
Pertuduhan itu, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
-BTS Media