TIKET perkhidmatan kereta api dan bas ekspres dari Lembah Klang ke Johor habis dijual menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekali gus mencerminkan peningkatan pergerakan pengundi pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa selain tiket tren dari KL Sentral ke JB Sentral yang telah habis dijual, tiket tren dari JB Sentral ke beberapa destinasi di utara Johor seperti Segamat, Kluang dan Labis turut kehabisan.
Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) difahamkan telah menyewa bas khas bagi membawa pengundi pulang untuk menunaikan hak demokrasi mereka.
Menurut beliau, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 7 Julai lalu telah menyediakan tambahan 7,464 tempat duduk bagi perkhidmatan ETS di laluan sektor selatan bagi memenuhi permintaan perjalanan yang meningkat sempena PRN Johor.
Anthony berkata beliau berharap kadar keluar mengundi pada pilihan raya kali ini akan melepasi 70 peratus agar lebih ramai rakyat mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
Beliau menjelaskan bahawa PRN Johor yang lalu hanya mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 54 peratus, yang sebahagiannya berpunca daripada penutupan sempadan negara dengan Singapura ketika pandemik Covid-19.
-BTSMedia.my



