BTS Media

Lelaki warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Tak Bai

SEORANG lelaki warga Malaysia cedera selepas kenderaan yang dipandunya terperangkap dalam satu letupan bom di Kampung Sapom, Tak Bai, Thailand, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan, manakala kenderaannya turut mengalami kerosakan akibat letupan berkenaan.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Narathiwat.

Ahli Parlimen Sungai Golok dan Tak Bai, Amin Mat Yusof, berkata kejadian berlaku apabila sebutir bom meletup di laluan yang dilalui mangsa, yang ketika itu memandu sebuah Proton X50.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Hospital Narathiwat untuk menerima rawatan lanjut, manakala kenderaan mangsa turut rosak dalam letupan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan bahawa pihak polis menerima maklumat mengenai seorang rakyat Malaysia yang memandu kenderaan berdaftar di Malaysia dan cedera dalam kejadian letupan bom itu.

Beliau berkata pihaknya masih belum mempunyai maklumat lanjut sama ada bom tersebut dipasang pada kenderaan mangsa atau diletakkan di tepi jalan. Menurutnya lagi, mangsa berasal dari Sabah.

-BTSMedia.my

Leave a Comment