GAMBAR: Reuters
PENTADBIRAN Trump akan mengumumkan tarif seawal hari Khamis terhadap syarikat pengeluar ubat yang belum mencapai perjanjian bagi menjamin harga rendah di Amerika Syarikat.
Menurut laporan Bloomberg News pada hari Rabu White House tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan komen oleh Reuters.
Pentadbiran tersebut sedang mempertimbangkan tarif sehingga 100 peratus ke atas ubat berjenama dan berpaten yang diimport, sekali gus mendorong syarikat farmaseutikal global meningkatkan pengeluaran di Amerika Syarikat serta menambah stok simpanan.
Beberapa syarikat utama seperti Pfizer dan AstraZeneca telah memperoleh pengecualian tarif berbilang tahun melalui perjanjian harga serta komitmen kepada platform baharu TrumpRx.gov. Sementara itu, Eli Lilly, Johnson & Johnson dan Merck berjanji untuk melabur berbilion dolar bagi memperluaskan operasi mereka di Amerika Syarikat bagi mengelakkan penalti.
Laporan itu turut menyatakan bahawa syarikat yang tidak mempunyai perjanjian dan tidak sedang berunding dengan pentadbiran akan dikenakan tarif sebanyak 100 peratus.
Walau bagaimanapun, rancangan tersebut masih belum dimuktamadkan dan berkemungkinan berubah, termasuk kemungkinan pengecualian bagi sesetengah ubat serta kategori penyakit tertentu.
-BTSMedia.my



