BTS Media

Sebahagian besar tarif global Trump diisytihar mahkamah menyalahi undang-undang

MAHKAMAH Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat memutuskan bahawa sebahagian besar tarif global yang dikenakan oleh bekas Presiden Donal Trump adalah tidak sah kerana beliau telah melampaui kuasa di bawah Akta Kuasa Kecemasan Ekonomi Antarabangsa (IEEPA).

Keputusan majoriti 7-4 itu menolak tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas hampir semua negara serta kadar lebih tinggi ke atas negara seperti China, Kanada dan Mexico.

Namun begitu, tarif berdasarkan sektor seperti besi dan tembaga kekal.

Panel hakim membenarkan tarif berkenaan kekal sehingga 14 Oktober, bagi memberikan pihak pentadbiran masa untuk merayu ke Mahkamah Agung dan menyiasat sama ada keputusan itu dikenakan secara menyeluruh atau hanya kepada pihak yang terlibat.

Sekiranya keputusan itu kekal, kerajaan mungkin terpaksa menanggung implikasi besar, dan membayar balik puluhan bilion dolar kepada pengimport yang telah membayar tarif.

Trump mengecam keputusan itu sebagai berat sebelah, dan mendakwa penghapusan tarif akan membawa bencana kepada negara.

-BTS Media

Leave a Comment