BTS Media

SKMM peroleh perintah mahkamah terhadap Telegram, didakwa sebar kandungan menyalahi undang-undang

SURUHANJAYA Komunikasi Malaysia (SKMM) pada hari Khamis berkata mereka telah memperoleh perintah mahkamah sementara terhadap aplikasi Telegram dan dua saluran di platform itu kerana didakwa menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang negara.

SKMM telah memohon perintah mahkamah terhadap Telegram berikutan kegagalan platform itu untuk menangani kandungan setelah mendapat aduan daripada orang ramai beberapa kali.

Kandungan di dua saluran Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”, didakwa boleh menjejaskan kepercayaan awam terhadap institusi negara dan mengganggu keharmonian masyarakat.

Menurut SKMM, Mahkmah Tinggi telah memgeluarkan perintah injuksi sementara untuk menghentikan penyebaran kandungan berbahaya dan mencegah penerbitan semula kandungan serupa. Ia, bagaimanapun, tidak menjelaskan sifat kandungan berbahaya itu.

Sekata ini, Telegram belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan, SKMM berkata bahawa Telegram akan diberikan peluang untuk menjelaskan kedudukannya selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

Pada bulan Januari, Malaysia telah memperkenalkan undang-undang media sosial baharu yang mewajibkan platform media sosial dan perkhidmatan pesanan dengan lebih daripada 8 juta pengguna di Malaysia supaya mendapatkan lesen atau berdepan tindakan undang-undang.

Undang-undang itu bertujuan untuk menangani peningkatan jenayah siber berikutan peningkatan mendadak dalam kandungan media sosial yang berbahaya.

Kerajaan mengkategorikan perjudian dalam talian, penipuan, pornografi, ekspolitasi kanak-kanak, buli siber, serta kandungan berkaitan kaum, agama, dan raja sebagai berbahaya.

-BTS Media

Leave a Comment