BTS Media

Pelajar MRSM antara lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Ulu Dong

SEORANG pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong berusia 18 tahun antara lima ahli keluarganya yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, mangsa, Ruby Adira Batreisya Mohd Alawi, yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terkorban bersama kedua-dua ibu bapanya serta dua adik-beradiknya. Kebakaran berkenaan turut memusnahkan kediaman keluarga tersebut sepenuhnya.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan melahirkan rasa amat sedih atas tragedi yang meragut hampir keseluruhan ahli keluarga berkenaan.

Kejadian itu bukan sahaja mengorbankan ibu bapa pelajar terbabit, malah lebih memilukan apabila kakak mangsa terselamat kerana sedang mengikuti pengajian di kolej matrikulasi, manakala seorang lagi adik berada di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong ketika kejadian.

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

-BTSMedia.my

Leave a Comment