BTS Media

Modi teguh sokong Israel, tanpa pedulikan puluhan ribu rakyat penduduk Gaza yang dibunuh

PERDANA Menteri India, Narendra Modi kini dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Israel bagi memperkukuh hubungan pertahanan perdagangan, dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Semasa berucap di parlimen Israel, 25 Feb, Modi menegaskan bahawa India berdiri “teguh” bersama Israel. Beliau memuji hubungan dua hala yang semakin erat serta menekankan kepentingan kerjasama dalam bidang keselamatan, teknologi, dan inovasi.

Namun, dalam ucapan tersebut, Modi tidak menyentuh secara langsung tentang ribuan rakyat Palestin yang terbunuh secara kejam dalam serangan berterusan Israel di Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa konflik berpanjangan.

Kegagalan beliau mengiktiraf jumlah besar korban awam itu dikecam sebahagian negara, yang berpendapat bahawa India seharusnya mengambil pendirian lebih seimbang dan mengakui penderitaan besar yang dialami rakyat Palestin.

-BTSMedia.my

Leave a Comment