BTS Media

Ramai rakyat Malaysia pilih, terpaksa bekerja selepas bersara

SATU tinjauan serantau mendapati bahawa persaraan di Malaysia kini semakin dipengaruhi oleh pilihan peribadi bagi sesetengah individu, manakala bagi yang lain ia didorong oleh keperluan kewangan, sekali gus menunjukkan jurang yang semakin ketara dalam kalangan golongan berusia.

Menurut tinjauan persaraan serantau terbaharu oleh Sun Life, kira-kira dua pertiga responden, atau 64 peratus, menjangkakan mereka akan terus bekerja selepas mencapai umur persaraan.

Kebanyakan mereka berkata keperluan untuk pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat memaksa mereka berbuat demikian, ada yang memilih untuk terus bekerja agar tidak tidak mengalami tekanan mental atau kemurungan.

Sebanyak 79 peratus responden berpendapat bahawa persaraan seharusnya menjadi pilihan peribadi, sekali gus mencerminkan perbezaan yang semakin jelas antara mereka yang mempunyai keupayaan kewangan dan mereka yang tidak, ketika Malaysia bergerak pantas ke arah masyarakat menua.

Akhbar NST, memetik presiden dan ketua negara Sun Life Malaysia, Ho Teck Seng, berkata dapatan tinjauan tersebut menunjukkan bahawa persaraan di Malaysia bukan lagi satu penanda aras yang tetap.

Beliau menjelaskan bahawa wujud perbezaan yang semakin ketara antara mereka yang bekerja demi kepuasan diri dan mereka yang bekerja kerana terpaksa atas faktor kewangan.

Tinjauan itu turut mengenal pasti dua laluan persaraan utama di Asia, iaitu yang bersedia dari segi kewangan dan mampu memilih bila serta bagaimana mereka mengurangkan komitmen kerja, serta Golongan Pemula Tertangguh yang menangguhkan persaraan kerana tidak mampu berhenti bekerja.

Bagi golongan pertama, keputusan untuk terus bekerja lebih didorong oleh tujuan hidup, identiti dan kesejahteraan, dengan 68 peratus menyatakan faktor-faktor tersebut, berbanding 46 peratus dalam kalangan golongan kedua. Sebaliknya, 16 peratus Golongan Pemula Tertangguh tidak pasti sama ada mereka akan bekerja selepas bersara, berbanding 74 peratus daripada golongan kedua yang menjangkakan akan terus bekerja.

Mereka yang merancang untuk bersara lebih lewat atau telah menangguhkan persaraan, keperluan kewangan dikenal pasti sebagai sebab utama, dengan 67 peratus berkata mereka menangguhkan persaraan untuk menyimpan lebih banyak wang. Bagi yang memilih untuk bersara pada waktunya pula menyatakan keinginan untuk kekal aktif demi kesihatan mental serta menikmati aspek sosial di tempat kerja.

Tinjauan itu juga mendapati penggunaan kecerdasan buatan generatif (AI) bagi membuat keputusan kewangan semakin meningkat, dengan penggunaan ChatGPT dan Google Gemini hampir berganda daripada 10 peratus kepada 21 peratus. Sebaliknya, kebergantungan kepada nasihat tradisional menunjukkan penurunan, apabila hanya 29 peratus mendapatkan pandangan bank dan 31 peratus berunding dengan penasihat kewangan bebas, berbanding 35 peratus dan 37 peratus pada tahun sebelumnya.

Dari segi pandangan terhadap persaraan, keselamatan kewangan dikenal pasti sebagai faktor utama yang mempengaruhi tahap keyakinan. Dalam kalangan individu yang belum bersara tetapi menantikan persaraan, 47 peratus berkata bahawa jaminan kewangan sebagai adalah sebab utama, diikuti kestabilan dan kebebasan. Sebaliknya, lebih separuh daripada mereka yang tidak menantikan persaraan menyatakan kebimbangan terhadap ketidaktentuan kewangan dan tanggungjawab menyara keluarga.

Tinjauan tersebut turut menunjukkan perancangan persaraan masih berada pada tahap rendah, dengan 30 peratus responden tidak membuat sebarang perancangan, 26 peratus hanya mula membuat persediaan dalam tempoh dua tahun sebelum bersara, dan hanya 15 peratus berasa sangat yakin dengan rancangan mereka.

Selain itu, beban memaksa mereka mengubah gaya hidup dan menangguhkan persaraan.

Kawalan terhadap masa dan cara bersara dilihat semakin dihargai, apabila sebahagian besar responden menyokong persaraan sebagai pilihan peribadi dan bersetuju bahawa bekerja melepasi umur persaraan rasmi wajar dibenarkan, termasuk sokongan yang agak tinggi dalam kalangan generasi muda.

-BTSMedia.my

Leave a Comment