BTS Media

Empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas di Norway

WISMA Putra telah mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran berhampiran Tasik Åsvatnet, Norway pada hari Khamis.

Sebelum ini dilaporkan bahawa rakyat Malaysia antara yang terlibat dalam nahas itu yang mengorbankan tiga dan mencederakan empat orang.

Bagaimanapun, laporan media di Norway tidak menyebut warganegara mereka yang terbunuh dan cedera.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata empat yang cedera adalah rakyat Malaysia. Mereka mengalami kecederaan ringan dan telah ditempatkan di Hotel Thon di Lofoten.

-BTS Media

Leave a Comment