BTS Media

Pendaki Malaysia hilang selepas menakluki Gunung Everest

Oleh Zainal AS Rashid

SEORANG pendaki Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim, 33, yang kurang upaya pendengaran, dilaporkan hilang semasa turun ke Kem 4 selepas menakluki puncak tertinggi di dunia itu.

Kejadian disahkan oleh ketua ekspedisi Azim Afif Ishak.

Dia berkata operasi mencari sedang dijalankan.

Kehilangan Muhammad Hawari dikatakan berlaku semasa perjalanan turun ke Kem 3 selepas berjaya sampai ke puncak Gunung Everest.

Menurut Azim Afif, kali terakhir dia mendengar khabar tentang pendaki yang hilang itu ketika berada di Kem 4.

Sementara itu, akhbar Nepal The Himalayan Times, memetik pengarah ekspedisi Pioneer Adventure, Nivest Karki, berkata Hawari telah hilang sejak Jumaat (19 Mei) dan usaha mencari masih dijalankan.

Hawari, bersama  Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub adalah antara kumpulan pertama yang sampai ke puncak, lapor Bernama.

Bagaimanapun, Awang Askandar, 56, meninggal dunia sejurus sebelum sampai ke puncak Gunung Everest, iaitu 8,848m dari paras laut.

-BTS Media

Leave a Comment