BTS Media

Zahid: UMNO kekal dalam kerajaan perpaduan

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal dalam kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal pentadbiran pimpinan Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendirian itu merupakan ketetapan tegas parti sejak awal kerjasama dengan PH sebelum pembentukan kerajaan perpaduan pada bulan Disember 2022.

Beliau berkata perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam, susulan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh, pada hari Sabtu lalu supaya parti itu keluar daripada kerajaan perpaduan dan menjadi pembangkang.

Menurut Zahid, mesyuarat berkenaan tidak membuat sebarang keputusan muktamad berhubung cadangan sayap Pemuda tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa sejak awal lagi beliau dan parti berpegang kepada pendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan kerajaan Pakatan Harapan.

-BTSMedia.my

Leave a Comment