BTS Media

Sekurang-kurangnya 40 maut dalam serangan AS di Venezuela

SEKURANG-KURANGNYA 40 orang, termasuk orang awam dan anggota tentera, terkorban dalam serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat di Venezuela pada hari Sabtu.

Menurut akhbar The New York Times, anggaran jumlah kematian tersebut didedahkan oleh seorang pegawai kanan Venezuela yang enggan dinamakan.

Antara mangsa terkorban termasuk seorang wanita dikenali sebagai Rosa González. dia maut selepas kediamannya di sebuah kompleks apartmen tiga tingkat musnah disasarkan roket tentera AS.

Selain itu, seorang lagi penduduk mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang sama.

Setakat ini, pihak berkuasa Venezuela masih memantau keadaan di kawasan terlibat bagi mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terjejas sepenuhnya.

-BTSMedia.my

Leave a Comment