AHLI Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 hari ini dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Arau.
Istiadat tersebut diadakan sekitar pukul 4 petang di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Pelantikan Abu Bakar berlaku susulan kemelut politik di negeri itu selepas beberapa ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar sebelum ini, Mohd Shukri Ramli.
Krisis akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Mohd Shukri, atas sebab kesihatan.
-BTSMedia.my



