BEKAS menteri besar Perlis Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen di Kangar atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM1.185 juta bagi perjalanannya ke Britain dari 2013 hingga 2017.
Azlan, 65, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Norsalha Hamzah pada Isnin (10 April).
Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen palsu atau mengandungi butiran palsu dengan niat memperdaya, lapor The Star.
Bekas ketua UMNO Perlis itu adalah ADUN Pauh dari 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong pada 2018.
Beliau gagal mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu. Beliau adalah menteri besar kesembilan Perlis dari 2013 hingga 2022.
-BTS Media