BEKAS setiausaha politik kepada perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengaku tidak bersalah hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM176,829.03 daripada ahli perniagaan Tei Jiann Cheng, atau lebih dikenali sebagai Albert Tei.
Menurut kertas pertuduhan, Shamsul didakwa atas empat pertuduhan menerima wang tunai dan barangan keperluan rumah daripada Tei sebagai dorongan untuk membantu syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan itu mendapatkan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
 – BTSMedia. my



