INSPEKTOR Sheila Sharon Steven Kumar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menghalang seorang koperal polis daripada melaksanakan tugas pencegahan jenayah awal bulan ini.
Tertuduh berusia 37 tahun itu, yang hadir ke mahkamah memakai blaus dan skirt, dikatakan membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Dari dalam kandang tertuduh beliau menyatakan dengan suara lantang bahawa beliau memahami pertuduhan berkenaan dan menegaskan pengakuannya tidak bersalah.
Sebelum prosiding bermula, tertuduh dilihat dibawa masuk ke mahkamah dengan tangan bergari.
Berdasarkan kertas pertuduhan, beliau didakwa dengan sengaja menghalang Koperal Malvinderjit Singh Teerath Singh, 37, dari Balai Polis Chow Kit, ketika anggota berkenaan menjalankan tugas rasminya.
Kesalahan itu didakwa berlaku antara pukul 8.15 malam hingga 8.30 malam di hadapan Restoran Qazi, Jalan Sultan Azlan Shah pada 4 November lalu.
-BTSMedia.my



