SEBUAH video yang tular menunjukkan murid-murid serta para guru di sebuah sekolah di pedalaman Sarawak menunggu ketibaan seorang guru baharu di jeti, telah menyentuh hati orang ramai.
Video yang dimuat naik oleh seorang guru yang dikenali sebagai Tok Ngulu di TikTok itu merakamkan suasana warga SK Nanga Telawan, Belaga, menunggu ketibaan guru baru tersebut yang menaiki sebuah bot.
Setiba di jeti, pengendali bot bersama seorang guru lain kelihatan membantu membawa naik ke darat barangan guru itu.
Sambutan mesra yang diberikan kepada guru baharu itu dipuji pengguna TikTok, yang rata-rata berasa tersentuh dengan tindakan sekolah meraikankan ketibaan seorang guru baharu.
Seorang pengguna, Maruko menyifatkan sambutan para  murid kepada guru mereka itu amat menyentuh hati.
Seorang lagi pengguna, Ema Aiyka, pula menyuarakan harapan agar dapat ditempatkan di kawasan pedalaman seperti itu, manakala Jimmy Yusof pula berasa emosional melihat seluruh sekolah menyambut kedatangan guru baharu dan berharap segala urusan guru tersebut dipermudahkan.
-BTSMedia.my



