BTS Media

Platform digital pertama tingkat ketelusan urus niaga hartanah

SEBUAH platform digital baharu, PaymentXchange, diperkenalkan bagi mentransformasi cara urus niaga hartanah dijalankan di Malaysia dengan menekankan aspek ketelusan, keselamatan dan pematuhan peraturan.

Dibangunkan oleh Infomina Geolytik Sdn Bhd, anak syarikat kepada Infomina Bhd, dengan sokongan PEPS Ventures Bhd, platform ini adalahi sistem pembayaran hartanah pertama di negara ini yang direka untuk memastikan setiap transaksi direkod, diaudit dan dilindungi secara masa nyata.

PaymentXchange menghubungkan pembeli hartanah dengan agensi hartanah berdaftar melalui gerbang pembayaran diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, bagi menjamin pengurusan deposit yang selamat serta ketelusan kepada semua pihak terlibat.

Platform ini turut mengintegrasikan data disahkan, proses penilaian dan jejak pembayaran digital bagi mengurangkan risiko penipuan serta meningkatkan akauntabiliti dalam keseluruhan ekosistem hartanah.

Selain menyokong ketelusan kewangan, PaymentXchange juga berfungsi sebagai infrastruktur digital yang membantu memperkukuh tadbir urus dan memudahkan pemantauan transaksi dalam sektor yang selama ini bergantung kepada proses manual.

Lebih daripada 10 agensi hartanah, termasuk ESP Global Service Sdn Bhd, Reapfield Properties Group, Firdaus & Associates Real Estate Agency dan Hartamas Real Estate (Malaysia), dikenal pasti sebagai pengguna awal platform tersebut.

Inisiatif ini, yang turut mendapat sokongan daripada firma guaman Qarliff & Associates, menandakan pengukuhan sokongan daripada sektor perundangan terhadap usaha mempertingkat ketelusan dan profesionalisme dalam urus niaga hartanah di Malaysia.

– BTS Media

Leave a Comment