BTS Media

Feri dari Batam ke Singapura bertembung dengan kapal tangki kimia

SEBUAH feri dalam perjalanan ke Singapura dilaporkan bertembung dengan sebuah kapal tangki kimia di perairan Singapura pada hari Isnin. Bagaimanapun, kesemua 172 orang yang berada di dalam feri itu berjaya dipindahkan dengan selamat.

Feri MV Horizon 9 itu membawa 165 penumpang dan kru tujuh orang ketika kejadian berlaku.

Feri tersebut, yang berlepas dari Batam kira-kira pukul 3:30 petang, melanggar kapal tangki kimia “LA Digue”, yang berdaftar di Kepulauan Marshall, kira-kira pukul 7:30 malam, lapor  The Straits Times.

Kesemua penumpang dan anak kapal dari kedua-dua kapal itu kemudiannya dipindahkan ke terminal HarbourFront Singapura.

Seorang penumpang berkata feri tersebut tiba-tiba membelok ke kiri sejurus sebelum perlanggaran.

Dia berkata, enjin kemudian dimatikan, dan kemudian menyedari feri itu menuju ke sisi kapal tangki, diikuti dengan bunyi dentuman kuat.

Kekecohan berlaku seketika di dalam feri, tetapi kru berjaya meyakinkan penumpang bahawa feri itu tidak mengalami kerosakan serius.

Feri tersebut kemudian diiringi menuju Terminal HarbourFront di Singapura, dengan kerosakan pada bahagian depan.

Pihak berkuasa Singapua sedang menyiasat punca perlanggaran dan menilai sebarang kemungkinan berlaku pencemaran kepada alam sekitar.

-BTSMedia.my

Leave a Comment